(الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌقَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
[Surat Al-Baqara : 156]
*****
12 Feb 2015
9.40 malam.
Pemergian seorang tokoh dan mutiara berharga.
Dato' Belantara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.
:'(
Semoga Allah merahmatimu wahai murabbiy.
*******
Khas Buat Tok Guru.
Dalam penghinaan dan cacian manusia,
Kau sabar menempuh tanpa sia.
Dalam kemelut politik manusia,
Kau tenang memberi kata.
Tatkala manusia gagal menilai agama,
Kau memberi seribu bicara,
Kau berhujah penuh makna,
Pencerahan jelas tanpa dusta,
Tidak kau diam seribu bahasa.
Tatkala perjuangan mu diasak,
Kau berdiri tanpa goyah.
Kerana kau tahu,
Makna sebenar perjuangan.
Perjuangannya demi Illahi.
Perjuangan yang menyentuh hati,
Menyedarkan diri setiap insani.
Perjuangan yang perlu diteruskan, walaupun kau sudah tiada lagi.
Dan kerna itu,
Aku mengerti,
Perjuangan yang kau bawa...
Itulah,
Perjuangan hakiki,
Bicaranya demi Illahi.
-semoga dikau tenang disana, menghadap Rabb yang tercinta-
1931-2015
12 Feb 2015
22 JamadilAkhir 1436
#AlFatihah
No comments:
Post a Comment